Rabu, 27 Oktober 2010

membina blog hari kedua

terima kasih utk sifu .. cg jalil yg sudi meluangkan masa mengadakan bengkel ini buat kami. sy sgt berbesar hati dan berbangga dapat mempelajari cara-cara membina blog. ilmu yg boleh dimanfaatkan.hari pertama sy tengok rakan2 lain cepat je belajar, tapi sy masih terkial2... bila kelas tamat semua rakan siap 2 artikel dan gambar tapi sy tak siap pun. pening kepala lg ada. balik rumah langsung tak boleh buka komputer.. sakit kepala sampai dua hari.
masuk kelas hari kedua, dari 9 org pelajar tinggal 2 dan ditambah dengan us asri. sy tengok cg nadri punya la pulun mencantikkan artikel dia, tapi sy punye ayam piru entah pi ke mana, hilang... rasa2nya sy save, tapi tak de pun. sy pun merapu la, buat benda ni....

ayam piru

Anda kenal ayam ni? Pernah makan? ayam ni orang panggil ayam piru, ada juga orang panggil ayam belanda atau ayam turkey, pernah juga saya dengar orang sebut ayam mutiara. tak kisah la apa namanya. rasanya... em biasa jeee...tapi, yang saya hairan pasai apa harganya sangat mahal. anak yang baru menetas berharga antara rm8-rm15. ayam dewasa pula sekilo dalam rm18. bayangkan kalau ayam dewasa yang mencecah hingga 10kg, lumayan....
saya pun sebenarnya tak berapa mengenali ayam jenis ni. tapi bila suami saya beli dari sepupunya, dan terus mengeramkan, menjaga dari kecil hingga ke besar, baru saya mula mengetahui betapa susah menjaga ayam ni dan berbaloi la kalau harganya pun mahal. ayam ni sangat sensitif, seperti tak tahan dengan gigitan nyamuk. mudah diserang sakit mata dan bengkak yang boleh membawa maut. sepanjang beberapa bulan suami saya memelihara ayam ni, dah banyak ekor yang mati. yang terjual..... usah tanya.  dia tak sampai hati lak nak jual.  sebab yang tanya tu semua sedara mara dan kekawan dia, last2 dia bagi aje.

Isnin, 25 Oktober 2010

pelajar melayu islam semakin lemah

Banyak aktiviti yang diadakan untuk membentuk sahsiah pelajar, terutamanya pelajar melayu islam. Ceramah, motivasi, sambutan hari kebesaran Islam, ihya' Ramadhan dan macam-macam lagi. tapi.... apa la nasib bangsa seagamaku...  jika anda tidak berusaha mengubah diri anda, maka tiada siapa yang dapat membantu... bangkitlah demi addeen yang dikasihi.

nasib generasi banjar

Generasi banjar dewasa ini semakin malu untuk mengaku keturunan mereka. bahkan anak-anak yang dilahirkan semakin tidak mengenali keturunan nenek moyang mereka. salah siapa?